Bahaya Pemberian Air Kepada Bayi Bawah 6 Bulan.

Bahaya Pemberian Air Kepada Bayi Bawah 6 Bulan.

Assalamualaikum…Selamat petang.Tajuk saya ini khusus kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang umurnya 6 bulan ke bawah atau kepada yang bakal menyambut kelahiran bayi boleh dijadikan info yang sangat berguna kepada anda.

Kenapa kita tidak boleh memberi sebarang air kepada bayi yang bawah umur 6 bulan???Ada sebabnya kita tidak boleh memberi air di awal waktu usianya kecuali air zam-zam.

image

SEBAB-SEBAB TIDAK BOLEH MEMBERI AIR KEPADA BAYI BWAH 6 BULAN :

1)Pemberian air kosong atau cecair lain atau jus buah dan sebagainya boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi.

2)Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan.

3)Air akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu.

4)Air bertindak sebagai vektor iaitu pembawa kuman sekiranya air tidak bersih.

5)Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan akibat kurangnya rangsangan hisapan oleh bayi.

6)Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku.Bagi bayi yang berumur 5 minggu,air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan rendah,bayi akan menjadi kembung dan boleh mengakibatkan sawan tarik.

Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua dan kita boleh juga mengongsi info ini dengan orang lain.Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s