Makanan Yang Kawal Nafsu Makan.

Makanan Yang Kawal Nafsu Makan.

Ramai yang banyak makan kerana tidak dapat mengawal nafsu makan.Tetapi perkara penting bagi membantu menurunkan berat badan adalah mengurangkan nafsu makan.Jadi jika anda sukar hendak mengawal nafsu makan,anda boleh mencuba contoh-contoh makanan yang boleh menyekang anda dari nafsu makan yang terlampau.Untuk hari ini saya ingin mengongsikan bersama anda semua,selain itu kita juga boleh amalkan bersama.

EPAL
↗Epal menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk anda berfikir bahawa perut sudah kenyang.Jadi amalkan memakan sebiji epal sebelum kita makan untuk membantu mengawal nafsu makan.

image

CILI MERAH
↗1 sudu kecil cili merah cincang dimasukkan ke dalam makanan dapat mengurangkan nafsu makan.Pakar nutrisi mendapati capsaicin iaitu sebatian yang berperanan untuk memberikan rasa panas pada cili dapat mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

image

RUMPAI LAUT
↗Rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30% dan terus berasa kenyang sehingga waktu siang.

image

TEH HIJAU
↗Teh hijau mengandungi katekin,iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak.Teh hijau mengandungi antioksidan yang diyakini memiliki kesan kepada hormon leptin,iaitu hormon yang berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan.Jadi amalkan minum teh hijau antara 3-6 cawan sehari bagi mempercepatkan tubuh membakar tenaga sel dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.

image

TELUR
↗Kualiti protein telur adalah yang tertinggi dari setiap produk makanan secara keseluruhan.Kandungan protein yang tinggi ini mengawal berat badan.Makan 2 biji telur untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk makan yang berikutnya.Jadi lepas ini mari kita amalkan makan telur setiap kali sarapan,tapi tak perlulah setiap hari…Nanti jemu pula!

image

LIMAU NIPIS ATAU LEMON
↗Lemon mengandungi pektin iaitu serat semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan sehingga anda berasa kenyang lebih lama.

image

AIR PUTIH
↗Minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu menurunkan berat badan.

BAWANG PUTIH
↗Bawang putih memberikan bau yang menyengat dapat merangsang rasa kenyang di otak sekaligus mengurangkan rasa lapar.Bawang putih merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin,yang mempercepat kadar metabolisma sehingga tubuh membakar kalori yang banyak.
Mari kita bersama-sama amalkan cara mengawal nafsu makan.Disamping badan kita sihat dan dapat juga kita mengurangkan berat badan.

image

Untuk anda yang nak mencuba suplement Shaklee boleh hubungi saya :

MamaHana 👉0175690765👈
Boleh follow my IG : mama_hana_jual_vitamin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s